Makluman : Kami sedang membuat pembaharuan kepada laman Rimaj.Org sedia ada. Maka, ada beberapa bahagian yang belum siap sepenuhnya kerana sedang dalam pembinaan. Harap maaf atas sebarang kesulitan. Terima kasih.

Admin, Jan-2018

Pertubuhan Rimaj Malaysia

Pertubuhan Rimaj Malaysia

Sebuah pertubuhan KEAGAMAAN kategori PENGURUSAN peringkat KEBANGSAAN yang telah didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 22 haribulan April 2013 dengan nombor pendaftaran PPM-012-10-22042013. MATLAMAT utamanya ialah untuk menjalankan kerja-kerja keagamaan termasuk da^wah, ta^lim, tadzkiyah dan tajdid serta kerja-kerja kebajikan untuk kemajuan keagamaan, pendidikan dan perpaduan nasional.

Aktiviti / Projek di bawah Pertubuhan Rimaj Malaysia

Kelas ^Alim Madrasah Rimaj

Madrasah Rimaj

Ditubuhkan sejak bulan Jun, 2013 dengan matlamat utama untuk melahirkan generasi ^ulama' pewaris para nabi dan memastikan salsilah pewaris tidak putus. Pertubuhan telah mempunyai tanah sendiri seluas 3.3 ekar di bandar Permaisuri, Terengganu untuk dibina bangunan Madrasah Rimaj atasnya, dan sehingga sekarang (Jan, 2018) proses yang disusun berjalan lancar.

PUSDATTTI

PUSDATTTI

Pusat Da^wah, Ta^lim, Tadzkiyah & Tajdid Islam telah dirancang pembangunannya di atas tanah berkeluasan 18 ekar di Setiu, Terengganu sejak tahun 2016. Usaha langkah demi langkah telah dibuat, dan status yang terkini tentang PUSDATTTI ialah pihak pertubuhan masih menunggu kelulusan tanah yang dipohon daripada pihak berkuasa Terengganu.

maTTTTis

Kompleks maTTTTis

Dalam pada masa menunggu kelulusan tanah yang dipohon daripada pihak kerajaan Terengganu untuk pembangunan PUSDATTTI, tiba-tiba pertubuhan dikurniakan rezeqi tanah berkeluasan 3.3 ekar di bandar Permaisuri, Terengganu. Maka, di atas tanah tersebut, pertubuhan telah menyusun perancangan bagi membangunkan Kompleks Majma^ Tilawah, Ta^lim, Tadzkiyah & Tajdid Islami (maTTTTis) dan Madrasah Rimaj di dalamnya.

Sekarang, masih dalam dalam fasa # lukisan pelan kerja tanah dan pelan infrastruktur. Setakat Jan, 2018 segala-galanya berjalan lancar, dan pihak arkitek yang dilantik telah mengadakan 3 kali perbincangan dengan pihak bomba berkaitan dengan lukisan pelan maTTTTis.

Tabung Ta^awun Pembangunan Rimaj

Tabung Ta^awun Rimaj

Setiap pembangunan perlukan dana. Begitu juga dengan dana pembangunan Islam.

Persoalannya, siapakah yang perlu bertanggungjawab dan menghulurkan dana untuk pembangunan Islam ini? Jawapannya ialah KITA... kita umat Islam.

Maka, memandangkan dana yang banyak diperlukan untuk menjayakan pembangunan Madrasah Rimaj, PUSDATTTI dan maTTTTis, pihak pertubuhan di bawah peruntukan Fasal 3.4 Undang-undang Tubuh Pertubuhan telah mewujudkan satu tabung KHAS untuk pembangunan, iaitu RIMAJ TA^AWUN FUND. Ayuhlah berta^awun! Sama-sama jayakan pembangunan ini.

Ziarah ^Ulama' Rabbaniy

Ziarah ^Ulama'

Mengziarahi para ^alim ^ulama' itu adalah suatu ibadah dan kebaikan. Pahalanya berganda-ganda. Manfa^atnya berlipat kali ganda.

Ia adalah satu kemestian. Apatah lagi, saban hari seorang demi seorang ^alim ^ulama' dipanggil pulang.

Maka, tidak ketinggalan, pihak pertubuhan merebut peluang yang ada untuk mengziarahi para ^alim ^ulama' rabbaniy dan mengambil istifadah daripada mereka.

Program 3-60 degree of Islam

Program '3-60 Degree Of Islam'

Umat Islam mengetahui bahawa Islam itu ialah agama, tetapi ramai yang tidak mengetahui isi Islam itu.

Maka, Program '3-60 degree of Islam' diperkenalkan dengan objektif memberi kesedaran tentang Islam; ^ILMU, FAHAM & ^AMAL. Selain itu, program ini juga bermatlamat mengajak umat kembali kepada rabbaniyyah dan hidup untuk AlLah dan Rasul, dengan meletakkan agama Islam sebagai keutamaan nombor satu mengatasi keutamaan diri sendiri.

Majlis Dzikir & ^Ilmu

Majlis Dzikir & Majlis ^Ilmu

Majlis-majlis ^ilmu ^aqidah, feqh, tashawwuf, tilawah dan tajwid secara berkitab dan bertalaqqi, dan majlis dzikir dan shalawat diadakan secara mingguan pada hari minggu. Pesertanya bukan sahaja dikalangan murid-murid madrasah, malah majlis tersebut juga terbuka kepada masyarakat awam yang ingin mendapat manfa^at.

Program Qurban & ^Aqiqah Perdana

Program Qurban & ^Aqiqah Perdana

^Ibadah Qurban merupakan ^ibadah tahunan umat Islam. Bagi yang mampu, berqurban - iaitu menyembelih haiwan tertentu dengan niat ^ibadah qurban - amatlah disunatkan.

Maka, pertubuhan mengajak umat Islam yang berminat untuk melakukan ^ibadah qurban bersama pihak pertubuhan.