Makluman : Kami sedang membuat pembaharuan kepada laman Rimaj.Org sedia ada. Maka, ada beberapa bahagian yang belum siap sepenuhnya kerana sedang dalam pembinaan. Harap maaf atas sebarang kesulitan. Terima kasih.

Admin, Jan-2018

Pengerusi Pertubuhan Rimaj Malaysia

Kata Aluan Pengerusi


Dengan nama AlLah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji hanya bagi AlLah yang telah menganugerahkan nikmat IMAN serta diberikan rezeki berSUHBAH dan mengIKUTi para KEKASIHNYA.

Selamat datang ke laman sesawang PERTUBUHAN RIMAJ MALAYSIA.

PERTUBUHAN RIMAJ MALAYSIA atau ringkasnya PRM ialah suatu pertubuhan keagamaan kategori pengurusan bertaraf kebangsaan yang telah didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966, dan nombor pendaftarannya ialah PPM-012-10-22042013 pada 22 haribulan April 2013.

ILHAM penubuhan Pertubuhan telah disuarakan oleh al-faqir kepada sebilangan rakan taulan dan kenalan daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya, dan – alhamdulillah – idea yang lahir daripada ilham ini telah disambut baik oleh mereka. Ilham ini, hakikatnya, adalah lahir daripada langkah tepat yang diambil oleh al-faqir apabila berbai^ah kepada guru mursyid al-faqir, Prof. Dr. Syeikh Muhammad Abdul Latif Soleh al-Farfouriy al-Hasaniy ad-Dimasyqiy – radhiyalLahu ta^ala ^anhu wa ardhahu –, Pengasas Madrasah Rabbaniyyah Islamiyyah Mujaddidiyyah ^Alamiyyah Jami^ah dan Imam Mursyid Thariqahnya.

Sebanyak enam MATLAMAT dasar penubuhan Pertubuhan telah digariskan. Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, pelbagai AKTIVITI keagamaan, khairat, ekonomi dan sosial telah disusun dan dijalankan. Semuanya adalah untuk melaksanakan AMANAH dan ^UBUDIYYAH kehambaan kepada ALLAH - subhanahu wa ta^ala - .

Segala apa yang dilakukan - dalam memikul amanah ini - in sya AlLah sedikitpun tidak lari daripada:-

  • landasan ilmu yang benar,
  • bimbingan rohani yang murni,
  • suluhan nur yang benar,
  • pakaian akhlak yang terpuji,
  • dan hiasan adab yang mulia
yang telah diterima dan diwarisi al-faqir sepanjang masa bershuhbah kepada guru mursyid.

ALHAMDULILLAH, segala puji atas segalanya, dan syukur tidak terhingga HANYA kepada ALLAH subhanahu wa ta^ala atas segala limpahan kurnia.

Ya AlLah! Peliharalah segala ni^mah yang Engkau telah kurniakan kepada al-faqir, dan kurniakan kepada al-faqir istiqamah dan madad berpanjangan serta terimalah segala amal ini.

Harapan al-faqir, semoga dengan RESTU dan IZIN khas daripada Imam Mursyid kepada al-faqir ini, segala-galannya akan TERARAH dan TERPIMPIN.

La haula wa la quwwata illa bilLah.



IKHLAS daripada,

Al-Faqir, MAZLISAN B MUSTAFA ar-Rabbaniy al-Mujaddidiy
Khadim RABBANIYYAH ISLAMIYYAH MUJADDIDIYYAH ^ALAMIYYAH JAMI^AH
Pengerusi PERTUBUHAN RIMAJ MALAYSIA
Pengasas & Mudir MADRASAH RIMAJ

26 Syawal 1434H / 1 September 2013M

Kemaskini: 22 Rabi^ul-Akhir 1439H / 10hb. Januari 2018M