Makluman : Kami sedang membuat pembaharuan kepada laman Rimaj.Org sedia ada. Maka, ada beberapa bahagian yang belum siap sepenuhnya kerana sedang dalam pembinaan. Harap maaf atas sebarang kesulitan. Terima kasih.

Admin, Jan-2018

Pertubuhan Rimaj Malaysia
Sijil Pendaftaran Pertubuhan Rimaj Malaysia
Sijil Pendaftaran
Pertubuhan Rimaj Malaysia

6 Matlamat Tubuh Pertubuhan Rimaj Malaysia

(dipetik daripada undang-undang tubuh pertubuhan)

Matlamat Tubuh

Menyampaikan Ayat AlLah & Berda^wah

1. Berdakwah dan menyeru masyarakat bukan Islam kepada agama Islam dan menerapkan ajaran Islam yang sebenar lagi sahih kepada mereka, serta menjaga kepentingan dan kebajikan mereka, melahirkan generasi rabbani yang cukup ilmu Islam lagi beramal dengan ilmunya, berkerohanian tinggi dan berperanan sebagai pendakwah Islam seluruh tanahair Malaysia, dan memperjuangkan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) dan mengembangkan ajarannya kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti keilmuan seperti kelas ilmu, seminar, persidangan dan lain-lain.

Matlamat Tubuh

Menjalankan Kerja-kerja ^Amal & Khairat

2. Menjalankan kerja-kerja amal atau khairat untuk kemajuan keagamaan, kemajuan pendidikan, perpaduan nasional dan lain-lain tujuan yang memberi manfaat kepada masyarakat umumnya, dan ini termasuklah untuk meringankan kemiskinan, untuk membantu pelajar kurang mampu dari segi kewangan untuk meneruskan pengajiannya atau menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang pengajian Islam atau lain-lain bidang profesional, dan untuk menjaga dan mengambil berat kepentingan dan kebajikan ahli, pelajar ilmu Islam, alim-ulamak dan cendekiawan Islam, guru-guru agama, pendakwah-pendakwah agama, anak-anak yatim, golongan fakir miskin dan golongan yang memerlukan daripada kalangan umat Islam sejagat. Pertubuhan boleh menjalankan kerja-kerja amal atau khairat untuk tujuan tersebut di luar negara dengan syarat mendapat kebenaran pihak berwajib terlebih dahulu.

Matlamat Tubuh

Menjalankan Aktiviti Pengajian & Pengkajian ^Ilmu Islam

3. Meneruskan aktiviti pengajian dan pengkajian ilmu Islam berteraskan pengajian kitab-kitab turas muktabar secara bertalaqqi dan bersanad muttasil, mengembangkan dan menyemarakkan budaya ilmu Islam di kalangan masyarakat umum, menjalankan aktiviti penghasilan dan penerbitan karya ilmu dan bahan bacaan Islam serta aktiviti kajian dan penyelidikan Islam dalam sektor yang pelbagai, menganjurkan dan menguruskan acara atau program untuk kemajuan keagamaan dan pendidikan, memartabatkan bahasa Arab selaku bahasa al-quran dan salah satu bahasa pertuturan dunia, dan menubuhkan, membangunkan, membesarkan dan menaungi pusat-pusat asuhan dan penjagaan dan institusi-institusi pengajian dan pendidikan Islam serta menjalankan aktiviti pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan bangunan yang akan digunakan semata-mata untuk mencapai matlamat ini.

Matlamat Tubuh

Membuat kutipan derma, sumbangan & sumbangan

4. Membuat kutipan derma dan sumbangan serta sponsor untuk tujuan pertubuhan demi mencapai matlamat pertubuhan, dan menubuhkan, melancarkan atau menguruskan tabung kebajikan dan pendidikan untuk pengembangan pendidikan dan mengurangkan kesusahan di kalangan rakyat malaysia, tabung pembinaan institusi pengajian dan pendidikan, tabung pembinaan masjid dan surau yang akan digunakan sebagai tempat ibadat dan tabung bencana alam untuk membantu dan meringankan kesusahan mangsa-mangsa bencana alam tersebut.

Matlamat Tubuh

Membeli, Memajak, Menjual & Memilik Hartanah dan Aset

5. Membeli, memajak, menjual dan memiliki hartanah dan aset berupa tanah, bangunan, premis perniagaan atau kediaman, kenderaan, harta wakaf, dan sebagainya untuk tujuan pertubuhan dengan syarat persetujuan mesyuarat agung diperolehi terlebih dahulu serta tertakluk kepada kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa.

Matlamat Tubuh

Menjalankan Aktiviti Perniagaan, Pelaburan & Ekonomi

6. Menjalankan aktiviti perniagaan, pelaburan dan ekonomi secara sah atas nama pertubuhan. Wang dan keuntungan yang diperolehi oleh pertubuhan hasil daripada aktiviti perniagaan atau perlaburan akan digunakan semata- mata untuk tujuan pertubuhan, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli pertubuhan. Namun begitu, matlamat ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik dan demi kepentingan pertubuhan, termasuklah untuk:-

a. membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli atau pekerja pertubuhan ini dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada pertubuhan ini, dan
b. membayar imbuhan kepada panel-panel rujukan, konsultan atau mana-mana pihak profesional yang telah menyumbang atau memberikan suatu kepakaran kepada pertubuhan.